
Silakan klik pd link ni dan baca artikel yang ditulis :
http://www.webmd.com/balance/features/learning-to-forgive-yourselfBismillahirrohmaanirrohim...
Assalamu'alaikum warohmatullahi wabarokatuh...
Coretan aku kali ni aku mulakan dengan nama Allah dan memberi salam sejahtera sepenuhnya pada semua umat Islam yg membaca blog aku. Selalu aku lupa nak mulakan sesuatu dengan nama Allah dan menyebabkan aku lupa bahawa aku ni makhluk yg insignificant, jahil, hina, lemah dan dhoif berbanding dengan pencipta aku.
Selalu aku lupa Allah walaupun mulut mengaku ingat. Tapi aku bersyukur sebab Allah tak pernah lupakan aku walau sedetik pun. Kalau Dia lupakan aku, tak tau apa dah jadi pada diri aku sekarang. Jadila aku makhluk terabai. Astaghfirullahal'azim. Subhanallah Maha Suci Engkau Ya Allah.
Harini aku bangun dengan kepala yang pening2 sebab aku tidur lepas Subuh. Aku tak boleh tidur malam tadi. Aku rindu seseorang dan hati aku kacau. Aku tak faham apa yang tengah berlaku sekarang dan sama ada orangnya ingat pada aku waktu dia sedang gembira dengan keluarga. Silap aku yg paling besar waktu hening pagi yg tenang tadi : Aku tak wat solat malam. Aku tak dpt nak mintak ketenangan jiwa. Setakat mulut mintak, tapi tangan tak ditadah dan dahi tak disujud atas sejadah minta bantuan. Tapi Allah tetap ada dengan aku. Dia tengok2 aku. Macamana aku tau? Sebab ni cerita dia....
Aku tidur dalam 2-3 jam aje lepas solat Subuh dan mengaji 2m/s. 2m/s? Ituke nilai terima kasih aku kat Allah? Harini macam tak semangat je. Rasa mcm semangat aku separuh dah ikut dia balik Sabah terbang lepas Laut China Selatan lepas 6hari. Astaghfirullahal'azim... Tapi Allah masih lg bagi aku nyawa.
Aku turun tolong mak sikit2 readykan sarapan untuk family abang tiri dan fmly kami. Aku tengok mak bertungkus-lumus buat kerja sediakan sarapan. Beria2 dia readykan makanan sebab mak memang jenis suka rumah ni ramai tetamu. Dia selalu cuba buat yang terbaik utk semua org walaupun dia sendiri selalu sedih orang buat macam2 kat dia, termasukla aku. Dah tua mak aku. Mana pegi rambut panjang lurus hitam lebat yg selalu aku tengok masa aku umur 5thn? Dah 25thn berlalu dr umur 5thn tu dan rambut mak pun dah makin memutih. Berjuta2 pengorbanan dah mak buat utk aku. Aku? Apa sumbangan pada mak? Selalu sakitkan hati dia dengan akhlak buruk aku. Tapi Allah masih lg panjangkan usia mak aku, aku dapat tengok dia memasak dan membebel.
Adik bentak2 mintak siapa2 hantar dia pegi komuter. Dia nak pegi beraya. Janji dengan kawan kol 1pm kat KL. Adik aku yang lagi sorang dah mungkir janji dengan yang si kecik ni. Waktu pun dah kol 12.00tgh. Train komuter KKB ke KL sejam sekali. Habis dia mengamuk2 satu rumah. Mak diam. Ayah jeling. Aku capai kunci kereta. Dari kecik sampai besar, apa dia nak semua kami bagi. Seumur hidup aku, aku penah tangan adik aku ni sekali je masa dia mengamuk2 tak dapat keluar malam dengan kawan2 dia, dan dia demam seminggu sebab aku lepuk belakang dia banyak kali, cengkam tangan dia (and lebam. serius). Taubat aku taknak pukul dia dah. Kesian. Aku hantar pegi komuter, tengok2 train berikutnya kol 1pm. Adik aku dah ready nak menangis sangat dah. Aku tak tau apa malaikat tiup kat hati aku, aku terus drive dia pegi KL lalu Ulu Yam tanpa banyak cakap. Sepanjang jalan adik aku cerita2 dengan aku macam2 benda, dan banyak yang aku tau bila aku diamkan diri dan mendengar, berbanding bila aku marah2 dan bercakap. Aku siap amik kawan dia kat Kg.Baru dan drop diorang kat Bukit Bintang tak banyak cakap jugak. Masa adik aku turun kereta, dia peluk aku and cium tangan. Terkejut aku. Nakal2 dia, adik aku jugak. Takder benda kat dunia ni yg takkan aku korban kalau adik aku dalam kesusahan. Nakal2 adik aku pun, Allah masih lagi bantu aku and family jaga dia dr bencana.
Sepanjang2 aku drive balik umah, aku fikir kenapa aku banyak sangat sakit hati kat orng dan selalu ada benda tak baik yg aku fikir pasal orang lain. Walaupun aku tak maksudkan apa2, tapi cara aku sebut tu slalu buat org sakit hati dan salah faham. Kenapa ya? Sebab aku ni sebenarnya ada sifat dendam dan susah nak memaafkan org. Dalam masa aku drive balik tu, aku telefon 4 top guys dalam JPK dan aku wish Selamat Hari Raya dan minta maaf zahir batin especially pasal krisis terbaru sebelum balik raya. Aku rasa letih ar pikir pasal benda tu lagi sebab aku rasa buang masa dan tenaga nak cari penyelesaian. Diorang pun dengan hati terbuka dah jawab panggilan aku dengan baik dan tanya macamana raya aku, diorang pun minta maaf etc. Mudahnya diorang maafkan aku sedangkan aku berkeras dengan diorang masa berselisih pendapat haritu dan diorang sangat kecewa dengan perangai aku masa tu. Kenapa aku tak tengok diorang sebagai adik2 aku masa berselisih haritu instead sbg ahli jawatankuasa? Kalau adik2, senang aje aku nak maafkan sebab biasala adik2 bergaduh dengan kakak. Allah dah selamatkan 4 silaturrahim aku dengan AJK yng cemerlang lepas aku pikir slow2 dan bertenang2.
Aku pikir lgi lepas tu kenapa aku dengan bodohnya dah pegi menjawab2 benda yang ada sorang adik ni tulis. Patutnya aku biarkan aje sebab itu perasaan dia. Sepatutnya aku cuma terangkan tu semua 1 salah faham dan settle abis kat situ. Sebaliknya aku biar marah kuasai diri aku, aku pun marah balik dia sebab salah faham dan seterusnya aku dah tulis pulak kelemahan dia sebagai balasan dia marah2 aku. Sepatutnya aku tak wat cmtu. Sepatutnya aku biarkan dulu dan tegur bila dah reda. Api kena lawan air. Bukan simbah minyak. Sebab nak menegur orang sebenarnya takleh bercampur dengan rasa marah. Patutnya tegur membina bukan tegur memijak. Kalau aku ada kat tempat dia, aku pun akan rasa malu dan marah kena cmtu walaupun nama tak kena petik (pemahaman org lain2. aku takleh expect org faham benda yg sama mcm aku faham). Bila aku baca blog dia kata dahi dia luka terhantuk bucu almari and baju raya pun tak beli lagi, aku rasa kesian la pulak. Umur adik tu pun sebaya adik aku yg kat Poli Shah Alam tu je. Patutnya aku dah faham tindakan dia tu (sebab sama je dengan adik aku bila marah pun). Aku harap dahi dia dah elok dan takder parut besar. Aku nak minta maaf kat dia sebab bergaduh mcm budak2 sedangkan patutnya aku bertindak dewasa dengan selesaikan masalah tu depan2 dan tak libatkan org lain. Bila dah jadi cmtu, aku rs bersalah pulak sebab aku tau benda2 yang tak patut aku tau pasal dia. Astaghfirullahal'azim. Tapi sebab marah dah kuasai diri, aku tak pikir baik2 masa tu. Patutnya aku banyak2 istighfar masa tu. Allah dah bantu aku berfikir dengan tenang skang and aku rasa makin lapang.
Bila balik aku rasa makin rindu kat dia. Aku tengok semua gambar2 dia. Aku fikir ntah2 dia dah berubah fikiran, berubah hati lepas tengok anak isteri dia dan taknak contact aku lagi. Tiba2 aku rasa bersalah sebab pentingkan diri sendiri dan marah dia sebab tak contact aku mcm yang dah dijanjikan. Sepatutnya aku takleh penting perasaan aku je. Ada lagi 4 perasaan org yg berhak pada dia yg perlu aku fikir atas daripada perasaan aku. Ntah mana ilham datang, aku tulis apa yang aku fikir dan rasa pasal relationship ni, how much aku dah berubah lepas kenal dia, how much life aku lagi happy, cita2 aku makin kuat etc. Berhelai2 kertas terkorban. Lepas habis aku tulis, aku baca balik dan aku dapat nilai mana kesilapan aku. Bukan dia yang silap. Dia buat benda yang paling adil. Aku yang tak bersyukur. Aku nampak sekarang, tiap2 kali aku terlampau sayang dan ingat kat dia, Allah tarik sikit nikmat. Allah bagi krisis, Allah bagi berselisih, Allah jauhkan kami. Supaya aku balik berdoa kat Allah, minta maaf dan ingat yang cinta aku pada manusia tak patut lebih dari cinta aku pada Allah. Cinta tu nikmat dan rahmat. Patutnya aku kena bersyukur, bukannya hanyut. Habis aku baca dan fikir balik (takder air mata keluar, tak tau kenapa). Then automatik aku wat solat sunat (tak tau solat apa aku buat. aku solat je) dan berdoa habis2an kat Allah mintak petunjuk. Allah bagi aku rasa macam hilang satu beban tak nampak kat hati aku. Aku senyum je sorng2 (tak tau apsal aku senyum tadi).
Aku turun bawah dan tolong suap anak2 buah makan. Aku lupa kat dia. Aku leka berkhidmat kat keluarga aku. Kat org yang berhak dapat kasih sayang dan perhatian aku. Tiba-tiba : "ANGAHHHH....PHONE...". Terus aku tau, inila dia panggilan yang aku nanti2kan. Sebab takder org lain yg call ke rumah cari aku melainkan dia (lepas dia try 2-2 handphone aku dan tak berjawab). Dia mintak aku angkat handphone sebab phone rumah kat dapur (bising). Aku jawab call kat handphone dan dia tanya khabar aku, tanya mcmana family, raya aku cmana, dia minta maaf tak dpt call aku sebab terlampau sibuk uruskan keluarga utk raya dan anak bongsu (no.3) dia taknak lekang dengan dia. Then dia cerita psl raya kat sana, pasal anak2 dia, then bagi anak no.2 dia yg comel tu cakap dengan aku. Anak dia cakap "Hello, makcik. Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin". Aku ketawa dengar. Hati aku lapang sangat. Dia bagitau dia tak lupa aku, cuma masa tak mengizinkan dan dia kena jaga hati family dia. Aku faham. Sekarang aku dah faham. Dia minta aku sabar lagi dan dia cakap terima kasih sebab faham keadaan dia dan bersabar dengan keadaan sekarang. Kesian dia. Dia tak tau yg macam2 benda buruk aku fikir pasal dia masa dia hilang 6 hari. Aku mengaku, dan minta maaf. Dia kata dia faham aku dan dia tak marah. Dia suruh aku sabar banyak2 dan ingat Allah. INGAT ALLAH. Itula yang aku buat harini, dan Allah rapatkan hati dia dengan hati aku dan bagi masa lapang pada dia untuk call aku.
Sekarang aku menaip blog ni dengan hati yang lapang, sebab aku dah tau. Ingat Allah, memaafkan diri sendiri dan orang lain serta baik sangka pada orang lainla kunci ketenangan hati dan kelapangan jiwa.
Betapa sucinya kasihMu tuhan, betapa agungnya kebesaranMu...
Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.
Akula hamba yang jahil pasal kehidupan. Terima kasih Ya Allah sebab bangunkan jiwa aku yang makin mati dan iman aku yang makin malap. Terlampau sibuk dengan dunia, Kau bagi satu pengajaran berguna.
Wassalam...